Thursday, 10 March 2011

Anwar Ibrahim Yang Hipokrit!

Semenjak remaja saya mempunyai kekaguman yang tinggi terhadap Anwar Ibrahim.  Saya menyertai ABIM, percaya dengan iltizamnya menyertai UMNO, percaya bahawa dia dianiaya oleh Dr.M, menyokong perjuangan PKR dalam setiap pilihan raya.  Cuma akhirnya apa yg beliau lakukan dan tidak lakukan, apa yg beliau katakan, apa yg saya analisis, menyebabkan timbul keraguan.  Anwar Ibrahim bukanlah insan yang boleh saya tuankan dan bukan insan terbaik untuk memimpin negara.

Apabila kita baca A Doctor in The House tulisan Tun Mahathir, matan PM itu menulis secara objektif, pengalaman, pemerhatian dan sejarah apa yg berlaku.  Beliau bukan membuat tuduhan tetapi pendedahan.  Anwar Ibrahim tidak menjawab secara spesifik tuduhan Tun sebaliknya menyerang Tun.  Yang harus Anwar lakukan bukan menyerang Tun tetapi menjawab isu:
~ tentang 4 gadis itu
~ tentang Azizan
~ tentang beliau tidak menjawab persoalan homosektual dalam mesyuarat MKT UMNO
~ tentang mengapa beliau keluar sebelum habis mensyuarat

Anwar, kalau benar anak benar, BERSUMPAH LAKNATLAH demi kebenaran!!!