Friday, 18 February 2011

Mengapa aku Turut 'Blogging'!

Aku bukan seorang insan yang suka menulis, apa tah lagi 'blogging.  Tetapi rajin membaca blog orang lain.  Dalam pilihan raya 2008, aku turut bersemangat kerana marah kepada Ahli Parlimen yang ada.  Dia ni dah berpenggal jadi Ahli Parlimen tetapi entah apa-apa sumbangannya kepada penduduk.  Aku juga marah kepada  banyak pemimpin yang semakin senang sampai lupakan rakyat.  Lalu aku sama-sama bersemangat berkempen, melaungkan slogan Reformasi, ikut calon ke sana sini.  Tau sapa calon tempat aku: Ha, TAN SRI ABD KHALID IBRAHIM.


                                                       "Ketidakbanggaan org Bandar Tun Razak"


Maka menanglah Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak, dan menanglah Pakatan Tak Sah ni di beberapa negeri. Sekarang dah dekat 3 tahun kami berAhli Parlimenkan seorang Menteri Besar.  Apa dah jadi selepas hampir tiga tahun:


Bandar Tun Razak:
* Payah nak nampak batang hidung Ahli Parlimen ni.  Kalau datang macam VIP yang nak merasmikan majlis.  Oiii, kau ni kan Ahli Parlimen sini, jadi kalau datang, datang le sebagai Ahli Parlimen bukan Menteri Besar. Bantu selesaikan masalah kami, bukan datang nak merasmikan majlis!
* Tak Tau penuhi janji.  Dulu aku bukan main seronok bila dia kata nak latih belia, dapat RM 500 sebulan. Pas habis latihan dapat gaji paling kurang RM 2000.  Aku pun apa lagi, pulun kawan-kawan isi borang.  Hantar pejabat PKR (Hebat pejabat dia orang kat Dataran Dwitasik).  Habuk pun tak de!


Nanti aku cete lagi tentang Khalid Ibrahim, tentang 'Anak Emas' dia si Azman dan tentang PKR Bandar Tun razak yang haru-biru lagi.


Kata terakhir aku sebagai mukadimah kepada diri aku sendiri, "Selamat datang ke dunia blogging"!

No comments:

Post a Comment