Saturday, 19 February 2011

'Khalid Ibrahim' Hilang di Bandar Tun Razak!

Hari ini beberapa kumpulan penduduk perumahan BTR telah mengadakan sambutan Mauludun Rasul.  Ada le kira-kira 1000 orang tua muda, kecil besar mengadakan perarakan.  Alhamdulillah bangga juga aku jadi penduduk BTR  ni.  Cuma dalam perarakan itu, puas aku perhati-hatikan tak nampak lak kelibat Ahli Parlimen, opppps silap 'Menteri Besar' Selangor beb.  Dia sesat ke, dia tak jumpa jalan ker BTR ker, entahlah.

Yang aku turut nampak kumpulan warga emas Sri Kota.  Tabik aku pada pak cik - pak cik ni.  Mereka inilah yang turut keluar beramai-ramai menyokong Khalid Ibrahim semasa pilihan raya 2008.  Khalid Ibrahim elek!  Ohhhhh rasa-rasanya mereka lupa nak hantar surat jemputan rasmi untuk mengundang MB ni. Yelah nak undang bukan senang, kena dapatkan 'appoitment', kena menghadap pegawai khas dia merangkap Ketua PKR Bandar Tun Razak, si Azman Abidin.

Oiiiiii bangga, bangganya berAhli Parlimenkan Menteri Besar.  Aku rasa nak tawarkan ler mana-mana kawasan Parlimen yang nak berAhli Parlimenkan Menteri Besar dalam pilihan raya akan datang.  Kasi ler kawasan lan can merasa lak.  Kami di BTR ni dah puas, jemu....tak cukup belanja nak buat majlis perasmian nak undang Menteri Besar.

1 comment:

  1. Salam ziarah..

    Blog tuan sudah dipautkan..
    salam perjuangan dari Wak..

    ReplyDelete